Pada 08 Oktober 2016 ( Sabtu ), Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu telah turut sama mengamalkan gaya hidup sihat menerusi Program Hari Sukan Negara 2016 bagi membudayakan gaya hidup bersukan, meningkatkan kesihatan serta mencungkil bakat sukan di semua peringkat umur dalam organisasi. Institusi ini tidak ketinggalan dalam menjayakannya di mana seramai 50 orang kakitangan dan 180 orang penghuni turut serta. Aktiviti ini diadakan serentak dengan aktiviti sukan banduan yang diadakan di institusi manakala sukan kakitangan diadakan di Kompleks Sukan Penjara Kota Kinabalu Sabah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat kakitangan adalah Perlawanan Bola Jaring dan Perlawanan Bola Tampar sementara aktiviti bagi penghuni penjara antaranya adalah Perlawanan Bola Jaring, Futsal, Indoor Games dan sebagainya. Aktiviti kakitangan bermula seawal 0700 pagi, dimulakan dengan pendaftaran pegawai dan senamrobik sebelum memulakan perlawanan. Program dirasmikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan, TKP Haji Suria bin Haji Idris. Program berakhir dengan acara penyampaian hadiah dan selesai pada jam 1100 pagi.
""